Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum..

Salam Nisfu Syaaban wahai umat Nabi Muhammad S.A.W sekalian. Semoga sentiasa dilimpahi nikmat daripada Allah S.W.T. InsyaAllah.. Aminn..

Bulan Syaaban muncul lagi. Ini menandakan bahawa kta semakin menghampiri bulan Ramadhan yang penuh berkat. Subhanallah. Entry ini sekadar untuk share ilmu tentang bulan Syaaban.. :))


Bulan Syaaban ini juga merupakan bulan yang penuh berkat. Juga merupakan bulan selepas Rejab. Dimana bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun segala dosa2 kita, bln Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala cela manakala bulan Ramadhan pula adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


ADA APA DENGAN BULAN SYAABAN ?


Dalam bulan Syaaban ini terdapatnya NISFU SYAABAN. Apa tu? Mengikut Pak Cik Wiki (haha) Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke- 15 dalam bulan Syaaban tahun hijrah.

Umat Islam percaya yang pada malam Nisfu Syaaban ni, amalan2 kita akan dibawa naik oleh para Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. 

So, pada malam Nisfu Syaaban ni, Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai..

Ini kerana malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

- Membaca Yasin sebanyak 3 kali
bacaan pertama mohon panjang umur dalam kebajikan
bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki yang halal
bacaan ketiga mohon iman yang sempurna ketika mati kelak

- Memperbanyakkan beristigfar memohon keampunan
memohon keampunan ibu bapa dan diri

- Membaca Al-Quran
- Membaca tasbih seratus kali setiap satu
- Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
- Membaca Zikrullah
- Sembahyang2 sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah2 malam sebaik2nya memohon hajat sesuatu.

Semoga Bulan Syaaban ini membawa seribu makna bagi kita semua.. Tutup buku lama , buka buku baru.
Maafkan salah silap antara kita..

SALAM NISFU SYAABAN.. Wassalam... :)) Selamat Beramal!!