Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum..

Salam Nisfu Syaaban wahai umat Nabi Muhammad S.A.W sekalian. Semoga sentiasa dilimpahi nikmat daripada Allah S.W.T. InsyaAllah.. Aminn..

Bulan Syaaban muncul lagi. Ini menandakan bahawa kta semakin menghampiri bulan Ramadhan yang penuh berkat. Subhanallah. Entry ini sekadar untuk share ilmu tentang bulan Syaaban.. :))


Bulan Syaaban ini juga merupakan bulan yang penuh berkat. Juga merupakan bulan selepas Rejab. Dimana bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun segala dosa2 kita, bln Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala cela manakala bulan Ramadhan pula adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


ADA APA DENGAN BULAN SYAABAN ?


Dalam bulan Syaaban ini terdapatnya NISFU SYAABAN. Apa tu? Mengikut Pak Cik Wiki (haha) Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke- 15 dalam bulan Syaaban tahun hijrah.

Umat Islam percaya yang pada malam Nisfu Syaaban ni, amalan2 kita akan dibawa naik oleh para Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. 

So, pada malam Nisfu Syaaban ni, Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai..

Ini kerana malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

- Membaca Yasin sebanyak 3 kali
bacaan pertama mohon panjang umur dalam kebajikan
bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki yang halal
bacaan ketiga mohon iman yang sempurna ketika mati kelak

- Memperbanyakkan beristigfar memohon keampunan
memohon keampunan ibu bapa dan diri

- Membaca Al-Quran
- Membaca tasbih seratus kali setiap satu
- Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
- Membaca Zikrullah
- Sembahyang2 sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah2 malam sebaik2nya memohon hajat sesuatu.

Semoga Bulan Syaaban ini membawa seribu makna bagi kita semua.. Tutup buku lama , buka buku baru.
Maafkan salah silap antara kita..

SALAM NISFU SYAABAN.. Wassalam... :)) Selamat Beramal!!



 



Friday, June 29, 2012

Mari Tutup Aurat


Untuk Kita Bersama..
InsyaAllah.. :)

Monday, June 25, 2012

CINTA dan RINDU

Ya Allah,
Jika KAU menghalalkan aku merindui hambaMU,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan pada CINTA hakiki dan RINDU abadi hanya kepadaMU..




Monday, February 20, 2012

Surah Al Insyirah


Assalamualaikum w.b.t .

Surah Insyirah . Kawan saya nama Insyirah jugak . Patut lah manis . Nama tertulis dalam Al - Quran . Masyaa Allah~


Terjemahan:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
 
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?


(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?


(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kelebihannya:

#  Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.

#  Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 

#  Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

#  Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.


TIPS
*  Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kifayat yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:

1. Sembahyang sunat dua rakaat.

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)

3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.

*  Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

*  Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

*  Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut. Setengah daripada khasiat Surah Al-Insyiraah itu ialah di baca kerana jadi ubat demam dengan kifayat:

1. Ambillah seurat benang daripada kulit kayu dan bacakan Surah Al-Insyiraah.

2. Tiap-tiap ketika baca huruf “Kaf” daripadanya, simpullah benang itu sekali, hingga cukup jumlah semuanya tujuh kali simpul.

Kemudian ikatkan benang itu ke tangan orang yang demam pada pergelangannya yang di sebelah kiri.

*  Siapa-siapa mahu senang menghafaz, tulislah Surah Al-Insyiraah dan minum airnya bersama-sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang di hafaznya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut.

#Just For Sharing.. :)

Sunday, February 19, 2012

Kenapa kita perlu SOLAT?

Assalamualaikum .w.b.t.


"Alamak Zuhur dah nak abis . Aduh tak sempat ni . Ahh lantak ah . Baik aku saambung tidur ."

Pernah alami situasi ni ? So do I . Iman manusia turun naik . Kenapa? Kerana kita manusia . Sekeliling kita penuh Syaitan yang tak pernah berhenti untuk menyesat kan . Istighfar . Berzikir . Berselawat . Agar iman kita sentiasa teguh . In syaa Allah .

Rugilah . Tak . Solat

Solat merupakan kelebihan yang Allah SWT beri kepada kita iaitu umat Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam . Dimana Solat tersebut akan memberi perlindungan ketika di hari pembalasan kelak . 

Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain . Hanya umat Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam je yang diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari .

RUUUGII~ Allah bagi kelebihan ini pada kita sahaja tapi masih tak melakukan nya . Kita beruntung menjadi umat Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam .



"Ahh, kena SOLAT . Aku mesti SOLAT . Sebab ~"

1) Solat itu TIANG AGAMA

2) Bersabar atas solat merupakan arahan ALLAH

3) Solat adalah antara RUKUN ISLAM

4) Menjadi PETUNJUK kepada segala NABI2 dan UTUSAN ALLAH.

5) Dapat menyucikan DOSA dihadapan ALLAH.

6) Dapat menarik pertolongan ALLAH.

7) Solat adalah PAKAIAN ISLAM

8) ALLAH tidak menerima amalan soleh dari mereka yang meninggalkan solat.

9) Dapat menjadi benteng daripada melakukan maksiat.

10) Solat amalan pertama yang akan disoal diAKHIRAT.

11) Solat pesanan terakhir daripada RASULULLAH sebelum wafat.

12) AMANAH daripada ALLAH

13) Mengeluarkan kita daripada lingkungan ataupun persekitaran DOSA.

14) Merupakan lambang ISLAM dan membezakan antara ISLAM dan BUKAN ISLAM

15) Solat merupakan hasil rumusan segala arahan AGAMA.


#Credit to  BLOG PERIBADIRASULLAH (http://peribadirasulullah.wordpress.com)

Sunday, February 12, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar


Assalamualaikum w.b.t.

Mari ramai-ramai kita amalkan Surah Al-Kautsar ni . Pendek aje . Kacang je ni . Alahh~~ 3 ayat. Budak belum tadika pun reti baca . Tengah tidur pon boleh baca . Banyak kelebihan surah ni . Semua yang datang dari Allah ade kelebihan nya . MasyaAllah . Allahuakbar . Okay . Mari beramal :)



Mari kita hayati.. :))


Surah ini PALING pendek, hanya mengandungi 3 ayat .

Diceritakan surah ini diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga . Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik .

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi .

# Subhanallah .


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam . Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


#Jadi mungkin bila kita sedih, kita boleh baca surah ini juga :)
Antara kelebihan surah Al - Kautsar

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan       surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Salam Ukhuwah :) Selamat beramal .