Wednesday, August 14, 2013

Puasa 6 di bulan Syawal

Assalamualaikum :) 

Selamat Hari Raya Aidilfitri . 

Berat dah naik . Kenapa? Sebab Hari raya . Rendang , ketupat , lemang , kuih raya semua dah kene sumbat dalam perut . Pipi ni dah memboyot kalah kucing bunting . Haha melampau . Kesian perut . Terkejut dia tiba-tiba banyak benda manusia ni baham . Ish ish ish . Kesiannn~ So Moh ler kite Puasa 6 . 

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Boleh puasa secara selang seli . Tapi kalau puasa 6 hari terus lebih afdhal~

Selamat berpuasa 6 di bulan Syawal yang mulia ini . :)

Monday, July 8, 2013

Ramadhan is Coming


Assalamualaikum . Esok puasa . Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak :)

IMPORTANT! TAKE NOTE DEAR MUSLIM~

Untuk ingatan : Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

Ø Perkara-perkara sunat puasa: 
a) membanyakkan membaca al-Quran 
b) mandi junub sebelum fajar 
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu

Ø
Perkara-perkara makruh puasa
a) berkumur-kumur dengan keterlaluan 
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari 
f) mencium isteri 
g) menderma darah

Ø Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a) makan dan minum dengan sengaja 
b) mengeluarkan air mani dengan sengaja 
c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e) melakukan persetubuhan f) gila walaupun sebentar
g) murtad
h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ø Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan. 
b) Bersuntik
c) Tidur walaupun sepanjang hari
d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Ø Hari-hari sunat puasa: 
a) pada 9 Zulhijjah (hari Arafah) 
b) pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c) pada 10 Muharram (hari Asyura) 
d) 6 hari pada bulan Syawal 
e) Hari Isnin dan Khamis

Ø Hari-hari diharamkan puasa: 
a) Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal) b) Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah) c) Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

1001 Sirah Nabi Muhammad

Wednesday, June 12, 2013

Keajaiban Bismillahir Rahmanir Rahim


Assalamualaikum . Alhamdulillah hari ni adalah hari yang bahagia . Akhirnya saya berjaya mendapatkan lesen kereta . Lepas ini, dah tak perlu ulang alik balik rumah . Tak perlu miss kelas . Boleh fokus pelajaran . Even ni second test sokay . Still Alhamdulillah . :)

Puas jugak lah nak menenang kan diri tadi . Bukan main gabra . Tapi teringat pulak dekat tangan ada buku Al Islam . Kakak yang beli . Saje je bawak sambil tunggu turn . Sebab takut bosan . Then saya pun baca lah ~

Baca punya baca terbelek artikel tentang Keajaiban Bismillahir Rahmanir Rahim . Ada beberapa cerita yang menunjukkan betapa ajaibnya dan hebat nya kalimah ini . Tapi saya ringkaskan la ye . :)

Abu Muslim Khaulani dan hambanya.

Alkisah~ 

Cerita tentang Abu Muslim Khaulani . Ye cerita masa zaman dulu . Abu Muslim ni ada seorang pelayan perempuan . Nama nya takde pula ditulis . Yang pasti pelayan perempuan ni dah merasa bosan dengan pekerjaan nya . Tambah lagi bila dia pikir yang umurnya sudah lanjut dan dia berkeinginan untuk berkeluarga . Untuk membebaskan diri dia dari menjadi hamba Abu Muslim ini, dia berniat jahat dengan membubuh racun dalam makan Abu Muslim agar cepat mati . 

Berminggu-minggu dilakukan perkara itu tetapi masih tiada tanda tuannya akan jatuh sakit . Lalu, pelayan itu pun berjumpa Abu Muslim dan  menceritakan apa yang dilakukannya dan bertanya mengapa tuannya tidak jatuh sakit .

Dengan tersenyum Abu Muslim menjawab , " Makanan itu tidak menjadi bahaya kepadaku lantaran aku sering membaca Bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali mahu menjamah makanan yang dihidang kan ."

Lalu Abu Muslim membebaskan hambanya itu seperti yang diingininya . 

#Tamat

Haa.. sebab itu sebelum makan kene baca bismillah dan doa makan . Boleh menjadi penawar racun . Ni ada cerita lagi ni ~ Ye lah . Cita-cita nak jadi cikgu tadika . Boleh cerita kat budak-budak :) Tapi saya bakal akauntan :P

Amira dan Lesen Kereta

Nampak tak tajuk tu . Haha . Ini cerita tadi tengahari lah . Fresh lagi okay . Masa nak test tadi . Punya lah gugup . Tangan ni gegel tak benti . Then teringat artikel Bismillahir Rahmanir Rahim . Cepat-cepat sebut dengan penuh yakin . Yep . Sebut dengan kuat . Rasanya orang sebelah pun dengar .

Then, Alhamdulillah saya berjaya mengatasi masalah gabra tahap kritikal ni . Juga berkat doa Emak dan kawan2 saya berjaya akhirnya :) Ingat lagi mase first test yang tak lepas tu . Hadoi dia punya gabra dengan kaki2 menggigil . Maklum lah takut sangat . Mase tu dah takde mase nak sebut Bismillahir Rahmanir Rahim ni . Apetah lagi doa . Abg JPJ tu pulak yang ajar bismillah . Abang lah sangat . So maybe tu antara sebab2 saya fail first test .

But now. No worriesss~ :)

#boleh la ambil ni jadi tips . Jangan lupa selalu sebut Bismillahir Rahmanir Rahim sebelum melakukan sesuatu pekerjaan ye :)

Wednesday, June 5, 2013

Saya . Bukan . Ustazah

Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah tak update blog ni . Dah bersawang bak kata blogger yang dah lama tak update blog . Tak ke gitu? Haha . Blog pun dah berwajah baru . Nama blog pun dah baru . Haa. Nampak tak ? Nampak tak? . Tapi takde la nak kemas blog ni meletop bagai . Simple tu lagi sedap memandang right . ? Or still crowded? Huhu ..

Haa, ni nak cerita ni ..

Saya . Bukan . Ustazah 

'Eh, labuhnyeeeee tudung . Dah jadi Ustazah ke sekarang ?'

Actually , tak berapa nak paham kenapa ramai orang labelkan yang memakai 'khemah' Ustazah ? Why? Ustazah aje yang boleh pakai 'khemah' ni ? Open your mind people~ Please . Sepatutnya kita support mereka . Cakap lah Alhamdulillah . Its a good thing . Very gooood things okay .

Kalau nak tahu pakai tudung labuh ni banyak benefit okay . Tapi rasa nya ramai yang dah tahu . Cuma ada yang buat tahu and ada yang tak nak tahu . Tapi kalau  sedar diri tu Islam , TAHU itu PENTING!

#malas nak menaip . Cerdit to Mr. Muhammad Rusydi .

*click kalau tak berapa nampak :)

Dulu , kita tengok orang tu dress up bukan main uptodate . Terdedah sana sini . Tup-tup sekarang bukan main tutup . Besar pula tu 'khemah' dia . "Eleh , baru lepas buat dosa besar lah tu " . Yep, memang kita ada mulut . Boleh cakap apa yang kita suka . Tapi kene ingat ~

'Kita Manusia . Kita Tetap berdosa .'

Kita hamba Allah . Suatu hari kita akan pulang kepadaNya . Allah hantar kita kedunia suci tapi bila pulang kita penuh dengan dosa . MALUU~~ jadi sampai bila kita mahu BERDOSA?


#Salam ukhuwah :) Fikir-fikirkan and pleaseee open your mind .