Sunday, February 12, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar


Assalamualaikum w.b.t.

Mari ramai-ramai kita amalkan Surah Al-Kautsar ni . Pendek aje . Kacang je ni . Alahh~~ 3 ayat. Budak belum tadika pun reti baca . Tengah tidur pon boleh baca . Banyak kelebihan surah ni . Semua yang datang dari Allah ade kelebihan nya . MasyaAllah . Allahuakbar . Okay . Mari beramal :)



Mari kita hayati.. :))


Surah ini PALING pendek, hanya mengandungi 3 ayat .

Diceritakan surah ini diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga . Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik .

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi .

# Subhanallah .


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam . Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


#Jadi mungkin bila kita sedih, kita boleh baca surah ini juga :)
Antara kelebihan surah Al - Kautsar

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan       surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Salam Ukhuwah :) Selamat beramal .

No comments:

Post a Comment