Sunday, February 19, 2012

Kenapa kita perlu SOLAT?

Assalamualaikum .w.b.t.


"Alamak Zuhur dah nak abis . Aduh tak sempat ni . Ahh lantak ah . Baik aku saambung tidur ."

Pernah alami situasi ni ? So do I . Iman manusia turun naik . Kenapa? Kerana kita manusia . Sekeliling kita penuh Syaitan yang tak pernah berhenti untuk menyesat kan . Istighfar . Berzikir . Berselawat . Agar iman kita sentiasa teguh . In syaa Allah .

Rugilah . Tak . Solat

Solat merupakan kelebihan yang Allah SWT beri kepada kita iaitu umat Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam . Dimana Solat tersebut akan memberi perlindungan ketika di hari pembalasan kelak . 

Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain . Hanya umat Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam je yang diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari .

RUUUGII~ Allah bagi kelebihan ini pada kita sahaja tapi masih tak melakukan nya . Kita beruntung menjadi umat Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam .



"Ahh, kena SOLAT . Aku mesti SOLAT . Sebab ~"

1) Solat itu TIANG AGAMA

2) Bersabar atas solat merupakan arahan ALLAH

3) Solat adalah antara RUKUN ISLAM

4) Menjadi PETUNJUK kepada segala NABI2 dan UTUSAN ALLAH.

5) Dapat menyucikan DOSA dihadapan ALLAH.

6) Dapat menarik pertolongan ALLAH.

7) Solat adalah PAKAIAN ISLAM

8) ALLAH tidak menerima amalan soleh dari mereka yang meninggalkan solat.

9) Dapat menjadi benteng daripada melakukan maksiat.

10) Solat amalan pertama yang akan disoal diAKHIRAT.

11) Solat pesanan terakhir daripada RASULULLAH sebelum wafat.

12) AMANAH daripada ALLAH

13) Mengeluarkan kita daripada lingkungan ataupun persekitaran DOSA.

14) Merupakan lambang ISLAM dan membezakan antara ISLAM dan BUKAN ISLAM

15) Solat merupakan hasil rumusan segala arahan AGAMA.


#Credit to  BLOG PERIBADIRASULLAH (http://peribadirasulullah.wordpress.com)

No comments:

Post a Comment